Friday, 5 October 2012

suluhan 10: Perosak bahasa..... (5.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perosak bahasa. Mungkin agak keterlaluan untuk disebut. Namun inilah realiti yang harus ditelan. Pejuang bahasa berjuang habis-habisan memartabatkan bahasa namun masih ada segelintir pihak yang sanggup mempersendakan bahasa. Perkara ini harus dipandang berat. Suluhan yang ingin saya bawakan mengenai lahirnya filem-filem yang makin sukar dibendung dengan penggunaan bahasanya yang jelas mempersendakan bahasa Melayu. Sebagai contoh KL Gangster. Kita lihat bagaimana bahasanya digunakan. Hal ini jelas mempengaruhi para remaja diluar sana. Oleh itu pelbagai pihak perlu sedar akan hal ini supaya penggunaan bahasa dalam setiap filem yang diterbitkan perlu dikawal agar tidak ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengari...

suluhan 9: bahasa gambaran diri kita (4.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bahasa yang indah lahir dari tutur kata yang sopan. Bahasa yang buruk lahir dari tutur kata yang buruk. Perkongsian saya pada kali ini adalah untuk menajak kalian semua agar sentiasa menggunakan bahasa yang elok agar sentiasa dihormati. Jikalau pemimpin sekalipun menggunakan bahasa yang kurang elok maka dia tidak akan dihormati oleh orang bawahannya.. Semoga kita sentiasa menggunakan bahasa yang indah. Jangan jadikan persaan marah itu untuk kita hemburkan kata-kata yang kurang sopan. Ingatlah, kita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah maka perbaikkkanlah tutur kata kita. Sekian terima kasih.

suluhan 8: Puisi Melayu nyawa Bangsa Melayu (3.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.




Begitu indahnya orang Melayu dalam menggunakan kata. Puisi Melayu adalah satu warisan berharga yang perlu dikekalka pada zaman moden ini. Hal ini kerana puisi adalah bahasa penyatuan yang dapat membuai hati dan perasaan serta dapat menjadi alat untuk didikan.


Berikut adalah antara koleksi puisi dan kata-kata tokoh yang saya ambil dari muzium negara. Memang tidak dapat dinafikan puisi Melayu pada masa ini semakin dilupakan. Bahasa dan warisan agung Melayu ini semakin terhakis dari pemikiran orang-orang muda. Sekiranya dilihat, dengan adanya puisi ini pastinya orang-orang Melayu disifatkan sangat lembut bersopan santun dan berakhlak mulia. Hal ini kerana puisi-puisi Melayu memperlihatkan bahasa-bahasa yang indah sekaligus menggambarkan sendiri kehalusan budi Melayu itu. Semoga warisan berharga ini dapat terus dikekalkan untuk generasi akan datang.

Sekian sahaja...

suluhan 7: Intonasi, Jeda mengungkap makna bahasa (2.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pengalaman saya yang bakal mementaskan sebuah drama. Berlakon dalam pementasan drama bukanlah suatu perkara yang mudah. Penghafalan lirik sangat dititikberatkan. Namun perkongsian yang ingin saya kongsikan disini adalah berkaitan dengan cara penyampaian atau dialog yang hendak disampaikan. Jeda dan intonasi merupakan aspek penting dalam mengungkapkan kata-kata semasa berdialog. Jeda merupakan satu perkara penting dalam menyampaikan maksud kata manakala intonasi pula merupakan aspek dalam mengungkap emosi dalam penyampaian kata. Oleh itu Jeda dan intonasi selain mimik muka merupakan perkara penting dalam kita menyampaikan kata-kata yang difahami dan mempengaruhi orang lain. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada semua.. Terima kasih..

Tuesday, 2 October 2012

suluhan 6: Makna juga salah satu cabang bahasa.. (1.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pencinta bahasa Melayu tercinta?
Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.

Begitulah indahnya kemulusan kata-kata Melayu. Oleh itu, untuk kali ini saya ingin berkongsi lagi pemerhatian saya mengenai bahasa yang mungkin boleh kita kongsikan bersama.

Sebagai seorang yang cintakan bahasa, pasti kita pernah mendengar kajian semantik. Semantik merupakan kajian bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Semantik tidak akan dapat ditafsir sekiranya tidak dihubungkan dengan makna pragmatik. Sebagai contoh kajian semantik mengatakan 'merah' itu sekadar warna namun apabila adanya kajian pragmatik 'merah itu boleh dikatakan sebagai berani atau kehangatan. Hal ini sebenarnya berkaitan rapat dengan makna referensial iaitu kenyataan yang disegmentasikan dan merupakan fokus lambang. Sebagai contoh, sungai menjadi fokus. Namun sungai itu boleh dirujuk sebagai alur yang panjang, lebar dan sebagainya.

Seterusnya, perkara yang ingin saya kongsikan adalah mengenai lambang di atas. lambang di atas merupakan satu lambang yang diletakkan di salah satu pusat membeli belah di Rawang. Pada pandangan saya atau pandangan pragmatik saya, lambang tersebut seakan-akan seperti dilarang duduk. Namun di tempat itu disediakan kerusi. Setelah meneliti persepsi positif yang saya letakkan, mungkin tidak boleh bersandar di kerusi tersebut. Hal ini juga merupakan satu kecelaruan makna. Lambang atau maksud gambar yang digunakan perlu jelas. Sekiranya pelancong luar datang, mungkin mereka mengatakan kerusi tersebut hanya sekadar hiasan walaupun dikhaskan untuk duduk.

Kesimpulannya, disebabkan makna iu adalah sebahagian daripada bahasa maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik atau kajian bahasa. Semoga perkongsian ini membawa faedah untuk semua.