Friday 12 October 2012

suluhan 12: Dialek utara (9.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk perkongsian seterusnya, saya ingin lebih memfokuskan kepada dialek. Saya berasal dari utara semenanjung. Biasanya percakapan orang utara ini agak kasar. Namun maksud yang disampaikan tidaklah menunjukkan sifat yang kasar. Selain itu sekirannya dilihat dialek orang utara ini biasanya huruf r akan jadi q. Sebagai contoh sedar akan jadi sedaq, bandar akan jadi bandaq, leper akan jadi lepiaq.. Pernah terjadi suatu hari kawan saya yang berasal dari Terengganu balik ke rumah degan keadaan yang agak lapar sambil berkata"woi hampa masiaq dak nasiaq, aku lapiaq ni.." Kami serumah ketawa berdekah-dekah.. Orang Terengganu yang ingin bercakap dengan dialek utara, beginilah jadinya.  Disamping itu juga, kata ganti diri orang utara seperti hang, cek dan sebagainya. Sebagai anak, saya bahasakan diri cek apabila bercakap dengan emak. Mungkin ini agak berlainan dengan orang Kelantan yang menggunakam hambe, mung, demo dan sebagainya.
        Kesimpulannya setiap dialek adalah dirujuk kepada masyarakat komuniti yang menuturnya. Tidak kiralah berasal dari mana, bahasa Melayu baku tetap menjadi panduan untuk semua..

No comments:

Post a Comment