Friday 12 October 2012

suluhan 15: Asal usul Melayu (12.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada kali saya ini berkongsikan tentang asal usul Melayu.


Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Kebanyakan apa yang dapat kita lihat perkataan Melayu ini tidak melambangkan suatu maksud yang khusus. Sejarawan juga tidak dapat mengenal pasti maksud tepat tentang asal usul perkataan Melayu. Namun bagi walauapapun yang dikatakan tentang melayu, Melayu adalah berkaitan dengan agama Islam. Orang Melayu adalah orang yang berasal dari alam Melayu. Kita terpisah dek kerana kekuasaan penjajah. Melayu itu perlu bersatu, pernah menjadi bangsa agung suatu ketika dulu. Sejarah agung Iskandar Zulkarnair mempunyai pertalian erat dengan jalur keturunan Melayu.. Oleh itu sebagai orang Melayu, bahasa Melayu harus diangkat kerana ia adalah nadi bangsa..

No comments:

Post a Comment