1. Bahasa
Kiasan
Bahasa kiasan juga dituturkan dalam dialek Kedah seperti
dialek-dialek yang lain. Masyarakat Kedah menggunakan bahasa kiasan dengan bersandarkan
pada sesuatu benda untuk dikiaskan. Sebagai contoh :
a)
Dialek : Melilau rata/ Melewaq rata
Maksud : Jalan merata
Ayat dalam
dialek : Hang ni pompuan
sahaja, tapi melilau rata macam laki.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ni perempuan, tetapi
suka keluar jalan merata
macam orang lelaki.
b)
Dialek : Muka hemoi
Maksud : Muka tak malu
Ayat dalam
dialek :.Hang ni dah tau dia
tak mau, hang dok pi hemoi lagi
kat dia.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu sudah tahu dia tidak
sudi, kenapa masih
buat muka tak malu pergi dekat dia.
c)
Dialek : Perangai kelolo
Maksud : Tak berapa betul
Ayat dalam
dialek : Hang tok sah dok buat
kelolo sangat
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu jangan berkelakuan
sedemikian.
d) Dialek :
Ceqhoi
Maksud : Selekeh/ sangat
cair
Ayat dalam
dialek : Hang ni ceqhoi la. Buat benda ni pon tak betoi.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ni lekeh betul. Buat
benda begini pun tak boleh.
e)
Dialek : Perangai qhem-pang
Maksud : Besar kepala
Ayat dalam
dialek : “Ingat, masuk tempat
orang jangan dok buat
qhem-pang.
Ayat dalam
bahasa baku : “Ingat, masuk tempat orang
jangan besar kepala.
No comments:
Post a Comment