Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulilah, selesai sudah diari yang memuatkan 25 entri mengenai bahasa dalam masyarakat di Malaysia. Selama pemerhatian saya, segala keadaan atau pendengaran saya mengenai sebarang bentuk suasana berbahasa, semuanya saya muatkan dalam entri saya. Semoga segala perkongsian ini memberi banyak faedah dan pengetahuan kepada semua dalam usaha kita untuk memartabatkan bahasa Melayu tercinta..
Sekian terima kasih.
Sunday 28 October 2012
suluhan 25: Dialek Kedah, Bahasa Onomatopia (26.10.2012)
1. Bahasa
Onomatopia
Masyarakat Kedah juga ada menuturkan kata berunsurkan onomatopia. Kata-kata
yang dituturkan mempunyai persamaan dengan bunyi yang meniru makna kata
tersebut. Sebagai contoh :
a)
Dialek : Nyeh
Maksud : Buang hingus
Ayat dalam
dialek : Adik tolong pi nyeh hingus tu. Nanti meleleh lak.
Ayat dalam bahasa baku : Adik tolong pergi buang hingus. Nanti
meleleh plak.
b)
Dialek : Nyut-nyut
Maksud : Pening kepala
Ayat dalam
dialek : Mai urut kepala mak
sat, nyut-nyut ja rasa ni.
Ayat dalam bahasa baku : Tolong urut kepala mak. Mak rasa pening.
c)
Dialek : Kedegang
Maksud : Bunyi hentukan
pada sesuatu
Ayat dalam
dialek : Jangan dok lari
sangat, sakgi kedegang plak pintu
itu.
Ayat dalam bahasa baku : Jangan berlari-lari, nanti terlanggar pintu
plak.
d) Dialek :
Juih
Maksud : Muka mancung
Ayat dalam
dialek : Toksah dok buat juih camtu. Tau la merajuk pun.
Ayat dalam bahasa baku : Jangan buat muka mancung seperti itu kalau
merajuk.
e)
Dialek : Buak-buak
Maksud : Darah yang keluar
dengan banyak
Ayat dalam
dialek : Darah Eto keluar buak-buak akibat kemalangan tadi.
Ayat dalam bahasa baku : Darah Eto keluar dengan banyak akibat
kemalangan
tadi.
f)
Dialek : Meneqhu-meneqham
Maksud : Berderet-deret
Ayat dalam
dialek : Qheta meneqhu-meneqham kat Kuala Kedah pada
waktu cuti.
Ayat dalam bahasa baku : Kereta berderet-deret di Kuala Kedah pada
musim cuti.
suluhan 24: Dialek Kedah, Bahasa Kiasan (25.10.2012)
1. Bahasa
Kiasan
Bahasa kiasan juga dituturkan dalam dialek Kedah seperti
dialek-dialek yang lain. Masyarakat Kedah menggunakan bahasa kiasan dengan bersandarkan
pada sesuatu benda untuk dikiaskan. Sebagai contoh :
a)
Dialek : Melilau rata/ Melewaq rata
Maksud : Jalan merata
Ayat dalam
dialek : Hang ni pompuan
sahaja, tapi melilau rata macam laki.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ni perempuan, tetapi
suka keluar jalan merata
macam orang lelaki.
b)
Dialek : Muka hemoi
Maksud : Muka tak malu
Ayat dalam
dialek :.Hang ni dah tau dia
tak mau, hang dok pi hemoi lagi
kat dia.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu sudah tahu dia tidak
sudi, kenapa masih
buat muka tak malu pergi dekat dia.
c)
Dialek : Perangai kelolo
Maksud : Tak berapa betul
Ayat dalam
dialek : Hang tok sah dok buat
kelolo sangat
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu jangan berkelakuan
sedemikian.
d) Dialek :
Ceqhoi
Maksud : Selekeh/ sangat
cair
Ayat dalam
dialek : Hang ni ceqhoi la. Buat benda ni pon tak betoi.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ni lekeh betul. Buat
benda begini pun tak boleh.
e)
Dialek : Perangai qhem-pang
Maksud : Besar kepala
Ayat dalam
dialek : “Ingat, masuk tempat
orang jangan dok buat
qhem-pang.
Ayat dalam
bahasa baku : “Ingat, masuk tempat orang
jangan besar kepala.
suluhan 23: Dialek Kedah, Simpulan Bahasa (24.10.2012)
1. Simpulan Bahasa
Dialek Kedah juga terdapat simpulan bahasa khas yang digunakan
oleh masyarakat Kedah. Sebagai contoh :
a)
Dialek : Cerodong
Maksud : Sikap yang
melulu.
Ayat dalam
dialek : Hang ingat orang suka
ka hang dok cerodong sangat.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ingat orang suka
dengan sikap kamu yang agak
melulu.
b)
Dialek : Mulut hebiaq
Maksud : Mulut celupar
Ayat dalam
dialek : Aby merupakan seorang
yang mulut hebiaq.
Ayat dalam
bahasa baku : Aby merupakan seorang yang
mulut celupar.
c)
Dialek : Pe-qho-ngoih
Maksud : Panas baran
Ayat dalam
dialek : Suami hang ni pe-qho-ngoih teruk ni.
Ayat dalam
bahasa baku : Suami kamu ni seorang yang
panas baran.
d) Dialek :
Kaki pengkaq
Maksud : Kaki yang tempang
Ayat dalam
dialek : Hang ni memang pengkaq la, tendang bola pun tak reti.
Ayat dalam
bahasa baku : Kamu ni memang kaki
bangku, tendang bola pun tidak
tahu.
e)
Dialek : Muka jeromoi
Maksud : Muka yang tidak
elok
Ayat dalam
dialek : Muka hang jeromoi habis. Dah la banyak panau,
parut
pun banyak.
Ayat dalam
bahasa baku : Muka kamu kurang elok,
banyak dengan panau dan
parut.
suluhan 22: Dialek Kedah, Bahasa Pujukan (23.20.2012)
1. Bahasa
Pujukan
Bahasa pujukan selalunya digunakan oleh masyarakat Kedah untuk
memujuk seseorang. Bahasa pujukan ini biasanya dalam keadaan nada suara yang
rendah dan berniat untuk mengambil hati dan memujuk seseorang. Sebagai contoh :
a)
Dialek : Jangan dok com ja...
Maksud : Bermuran di kala
kesedihan.
Ayat dalam dialek : Awat cek dok com ja, mai habaq kat mak.
Ayat dalam bahasa baku : Kenapa kamu sedih sahaja, cuba beritahu
mak.
b) Dialek : Awat dok melengung ja...
Maksud : Termenung
Ayat dalam dialek : Syahirah, janganlah asyik melengung ja.
Ayat dalam bahasa baku : Syahirah, janganlah asyik termenung saja.
suluhan 21: Dialek Kedah, Kata Penguat (22.10.2012)
1Assalamualaikum dan salam sejahtera...
aAlhamdulilah, cuti pertengahan sem akan bermula. Saya sakan pulang ke kampung. Semestinya berada dikampung sangat tenang dengan kehadiran sanak dan saudara. Kebetulan pula dengan tugasan diari yang hendak disiapkan, pada minggu ini saya akan memperkenalkan tentang percakapan dialek Kedah kepada anda semua...Kajian dialek Kedah ini juga merupakan salah satu tugasan yang perlu saya siapkan pada semester ini.
Kata
Penguat
Kata penguat digunakan oleh orang-orang Kedah bagi menerangkan
tentang sesuatu secara berlebihan. Biasanya kata penguat ini cukup sinonim
dengan masyarakat di Kedah. Kata penguat dialek Kedah ini akan dikelaskan
kepada tiga iaitu sifat, warna dan perbuatan. Sebagai contoh :
a)
Warna
·
Dialek : Hijau me-qhe-ngak
Maksud :
Sesuatu yang terlalu hijau.
Ayat dalam dialek : Tudia..!
Baju hang pakai ni hijau me-qhe-ngak.
Ayat dalam bahasa baku : Baju
yang dipakai oleh awak sangat hijau.
·
Dialek : Hitam melegam/ Hitam merelit
Maksud :
Warna yang sangat gelap.
Ayat dalam dialek : Apit
hitam melegam sebab asyik main panas
ja.
Ayat dalam bahasa baku :
Apit seorang yang berkulit gelap kerana selalu
berjemur di tengah panas.
b)
Perbuatan
·
Dialek : Jatuh tetemoih
Maksud :
Tersungkur (muka jatuh ke tanah)
Ayat dalam dialek : Adik
jatuh tetemoih. Habis kepala dia
berdarah.
Ayat dalam bahasa baku : Adik
jatuh tersungkur. Kepala dia berdarah.
·
Dialek : Makan mengketedarah
Maksud :
Makan yang terlalu banyak.
Ayat dalam dialek : Hang ni
makan ka mengketedarah.
Ayat dalam bahasa baku :
Kamu ni makan terlalu banyak.
c)
Sifat
·
Dialek : Nala besaq
Maksud :
Menggambarkan sesuatu yang sangat besar.
Ayat dalam dialek : Pasaraya
tu nala besaq.
Ayat dalam bahasa baku :
Pasaraya itu sangat besar.
·
Dialek : Sejuk gedi
Maksud :
Sesuatu yang sangat sejuk.
Ayat dalam dialek :
“Pi angkat adik hang tu, sejuk gedi
dah aku
tengok”.
Ayat dalam bahasa baku :
“Tolong angkat adik kamu, dia dah terlalu sejuk.
·
Dialek : Masin haun
Maksud :
Sesuatu yang sangat masin.
Ayat dalam dialek : Ya Allah,
hang masak pa ni, masin haun.
Ayat dalam bahasa baku : Masakan
kamu ini terlalu masin.
·
Dialek : Pedas meliau
Maksud :
Rasa yang sangat pedas.
Ayat dalam dialek : Sambal
mak hang ni pedas meliau.
Ayat dalam bahasa baku :
Sambal yang dibuat oleh mak itu sangat pedas.
·
Dialek : Piau
Maksud :
Sesuatu yang sangat hebat/ cukup mengujakan.
Ayat dalam dialek : Hang buat
kopi memang piau la.
Ayat dalam bahasa baku :
Kamu buat kopi sungguh sedap.
·
Dialek : Geli geleman
Maksud :
Sesuatu yang sangat menggelikan
Ayat dalam dialek : Nasya
berasa geli geleman melihat ulat
sampah.
Ayat dalam bahasa baku :
Nasya berasa sangat geli melihat ulat sampah.
Semoga pekongsian kali ini memberi sedikit info kepada kalian semua mengenai dialek kedah. Sekian terima kasih..
Sunday 21 October 2012
Suluhan 20: Harapan pejuang bahasa (20.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini telah banyak pihak terlibat dalam aktiviti memartabatkan
bahasa Melayu. Banyak pihak seperti GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka serta
pihak-pihak yang terbabit telah banyak menjalankan pelbagai seminar dalam
memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan
Idris, saya juga telah banyak terlibat dalam pelbagai seminar yang dianjurkan.
Namun apa yang saya lihat, usaha-usaha yang dibuat sebenarnya tidak menyeluruh.
Biasanya tokoh-tokoh bahasa sering mengeluh bahawa bahasa Melayu sudah semakin
dicalar maruahnya namun dalam memartabatkannya, pihak pentadbiran memainkan
peranan yang ckup penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu. Walaupun
usaha giat dijalankan oleh tokoh-tokoh bahasa namun sekiranya pihak pentadbiran
menidakkannya maka usaha tersebut hanya sia-sia sahaja. Menurut Prof. Emeritus
Dr. Nik Safiah Karim, golongan politik telah menyebabkan Bahasa Melayu semakin
direndahkan tarafnya. Hal ini dapat dilihat daripada isu PPSMI. Menurut Prof,
isu PPSMI ini sebenarnya tidak sealiran
dengan pemikiran rakyat Malaysia.
Atas
kesedaran inilah, saya merasakan bangsa Melayu perlu sedar. Semua rakyat
Malaysia perlu memainkan pernan penting tidak kiralah kaum Melayu, Cina dan
India perlu sama-sama mendukung bagi mengangkat taraf bahasa Melayu. Setiap
warganegara Malaysia perlu bangga berbahasa Melayu. Harapan tokoh-tokoh dan
pejuang bahasa sememangnya hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa iaitu bahasa yang menjadi bahasa perantara di peringkat
antarabangsa seperti zaman kegemilangan kesultanan Melayu pada suatu masa
dulu..
Sekian
sahaja……
Saturday 20 October 2012
Suluhan 19: Memerli dalam bahasa yang indah (19.10.2012)
Pot Pet Pot Pet!!!
Pot Pet Pot Pet
Menusuk celorong telingaku
Berdeding bagai gasing memusing
Dentuman demi dentuman
Bicara rangkai yang tidak kesunyian
Memecah hening si kenderaan panjang
Pot Pet Pot Pet
Bicara rangkai terus bergema
Selang seli kokokan ketawa
Bahasa pelik penuh makna
Terus memecah hening suasana
Ketenangan diragut kokokannya
Pot Pet Pot Pet
Bahasa rangkai penuh makna
Terus memecah hening maya
Aku ketawa dalam tidur yang lena
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sajak ini telah saya hasilkan sendiri semasa di dalam bas.
Penghasilan sajak ini adalah disebabkan oleh perasaan runsing saya pada
sekelompok orang yang sangat bising di dalam bas. Mereka adalah kelompok
pelajar Kelantan yang menggunakan dialek Kelantan dengan pekat sekali. Mereka
berborak dengan kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling. Mereka mengangap bas
ini seperti mereka yang punya. Saya sendiri berasa geli hati melihat telatah
mereka berborak antara mereka. Setelah siap menghasilkan sajak di atas, saya
menyuruh kawan saya bacakan. Akibat daripada tusukan halus menggunakan
kata-kata indah ini menyebabkan mereka berdiam diri. Mungkin termakan bisa
kata-kata halus sebentar tadi.
Kesimpulannya kata-kata indah yang digunakan untuk memerli
membuatkan orang yang diperli terasa hati dan tidak terlalu memberontak
berbanding sekiranya kawan saya terus
memarahi mereka menggunakan bahasa yang kesat.
Sekian sahaja, semoga mendapat manfaat yang berguna untuk
semua.
Suluhan 18: Bahasa Melayu dianggap kolot!! (18.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Strok
|
Darah tinggi
|
Diabetes
|
Kencing manis
|
Bajet
|
Belanjawan
|
Perkataan-perkataan di atas merupakan istilah Melayu. Darah
tinggi, kencing manis, belanjawan merupakan kata asas Melayu tetapi jarang
digunakan pada masa ini. Sebagai contoh belanjawan, orang masa kini sudah tidak
terbiasa dengan dengan perkataan tersebut dan sering menggunakan istilah
‘bajet’. Hal ini sebenarnya kearah sebutan Inggeris. Dimanakah letaknya
martabat bahasa Melayu masa ini. Selain itu, penyakit kencing manis sudah tidak
terbiasa lagi dengan kencing manis tetapi semakin terbiasa dengan diabetes.
Sebenarnya perkara-perkara inilah yang telah menghakis ketinggian bahasa Melayu
dalam tidak sedar. Orang ramai menganggap bahasa Melayu ini terlalu kolot untuk
digunakan. Oleh itu perasaan ini perlu dikikis agar kita semua sentiasa
menghargai sebutan asal Bahasa Melayu…
Sekian sahaja, semoga mendapat manfaat…
Suluhan 17: Tulenkan Bahasa Melayu (17.10.2012)
Assalamualaikum....
Pada 18 Oktober 2012 yang lalu saya telah menghadiri satu
seminar Bicara Karya Kuasa Kata: Dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara sempena
Sambutan Memartabatkan Bahasa Melayu. Pada seminar tersebut seorang tokoh
bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Lim Kok Seong telah mengatakan bahawa
bahasa Melayu perlu ditulenkan sekirannya mahu mengangkatnya ke taraf yang satu
bahasa yang padu. Sebagai contoh beliau mengatakan bahawa penggunaan istilah
present yang dignakan sebagai nama jalan di Putrajaya menunjukkan ejaan
mengikut bahasa Inggeris. Selain itu penggunaan istilah “Parcel” juga
menunjukkan cara ejaan yang diinggeriskan walaupun dalam istilah Melayu.
Apabila diujarkan, ia berbunyi dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, beliau menyeru
semua pihak perlu memainkan peranan agar perkataan Melayu sentiasa tulen dan
menjadi pegangan ke akhir hayat. Ejaan Melayu perlu dijadikan asas agar satu
huruf mempunyai satu bunyi tidak menjadi banyak bunyi. Pengaruh barat yang datang
perlu dikawal agar perkataan Melayu tidak terlalu dipengaruhi oleh perkataan
Inggeris.
Semoga perkongsian ini mendpat manfaat buat semua….
Suluhan 16: Memartabatkan Bahasa Melayu (16.10.2012)
Assalamualaikum.....
Baru-baru ini telah diadakan sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Kita di Dewan SITC Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Antara pembentang yang hadir adalah Prof Emeritus Dr.
Nik Safiah Karim telah memperkatakan tentang keadaan Melayu masa ini. Saya amat
tertarik akan tajuk yang diperkatakan iaitu “Menghidupkan Kembali Konsep Bahasa
Jiwa Bangsa”. Beliau mengatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu ini sebenarnya
di bawah kendalian golongan politik. Golongan politik telah menyebabkan Bahasa
Melayu semakin direndahkan tarafnya. Selain itu berkenaan dengan isu PPSMI
beliau amat tidak setuju kerana bahasa Melayu itu adalah bahasa ilmu. Beliau
menambah mengapa Pendidikan Jasmani yang perlu diinggeriskan. Beliau juga mengatakan bahawa isu PPSMI tidak
selaras dengan pemikiran rakyat. Sebenarnya ramai rakyat yang tidak bersetuju.
Oleh itu, beliau menyeru golongan muda dan pensyarah-pensyarah muda untuk bangkit memartabatkan Bahasa Melayu. Jangan hanya mengikut telunjuk pemimpin secara membab buta. Jangan hanya hendak mengangkat Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu semakin malap. Strategi perlu dirangka supaya bahasa Melayu sentiasa tersemat sebagai jiwa bangsa. Sekian terima….

Friday 12 October 2012
suluhan 15: Asal usul Melayu (12.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada kali saya ini berkongsikan tentang asal usul Melayu.
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Kebanyakan apa yang dapat kita lihat perkataan Melayu ini tidak melambangkan suatu maksud yang khusus. Sejarawan juga tidak dapat mengenal pasti maksud tepat tentang asal usul perkataan Melayu. Namun bagi walauapapun yang dikatakan tentang melayu, Melayu adalah berkaitan dengan agama Islam. Orang Melayu adalah orang yang berasal dari alam Melayu. Kita terpisah dek kerana kekuasaan penjajah. Melayu itu perlu bersatu, pernah menjadi bangsa agung suatu ketika dulu. Sejarah agung Iskandar Zulkarnair mempunyai pertalian erat dengan jalur keturunan Melayu.. Oleh itu sebagai orang Melayu, bahasa Melayu harus diangkat kerana ia adalah nadi bangsa..
Pada kali saya ini berkongsikan tentang asal usul Melayu.
Asal Usul Bahasa Melayu

suluhan 14: Bahasa Serumpun... (11.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Seharian menjadi prebet sapu memberi kepuasan yang tidak boleh dirasai oleh semua orang. Pada petang yang lalu, saya telah mengambil 3 orang pelajar Acheh dari klinik As-Syifa.. Ketiga-tiga sudah mempunyai anak-anak. Sambil memandu saya mendengar percakapan mereka. Antara perkataan yang lain maksudnya di Malaysia adalah seperti 'mobil' yang membawa maksud 'kereta', 'om' yang membawa maksud 'nenek'. Nada dan intonasi orang Indonesia juga sangat menarik. Mereka memiliki nada suara yang sedap. Sebab itulah kebanyakan artis Indon mendapat tarikan yang ramai di Malaysia. Namun, apa yang dapat saya simpulkan, orang-orang Acheh yang belajar di UPSI sangat sopan percakapannya, peribadi mereka juga bagus, sangat menghormati orang. Percakapan mereka menunjukkan kerendahan hati mereka.. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Sekian terima kasih...

suluhan 13: bahasa terkini (10.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pasti anda tertanya-tanya, apakah gambar maksud gambar-gambar ini sebenarnya. Gambar ini memperihalkan tentang perkataan 'buku'. Buku sesuatu benda yang dapat dijadikan bahan rujukan dan ia juga merupakan suatu yang positif. Gambar pertama menerangkan tentang simpulan bahasa iaitu ulat buku , orang yang rajin membaca buku.
Namun keadaan masa ini, perkataan buku itu sudah ditandai dengan sesuatu yang agak kesat maknanya. Asalnya 'facebook' yang akhir dimelayukan menjadi mukabuku. Akhirnya timbul pula 'cinta muka buku'. Hal ini menimbulkan satu kanotasi yang negatif mengenai perkataan buku. Sebelum ini tidak kedengaran dengan frasa mukabuku, namun sejak kehadiran facebook frasa ini menjadi sebutan. Adakah frasa mukabuku??
Sekadar itu sahajalah perkongsian untuk kali ini. Terima kasih...
suluhan 12: Dialek utara (9.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Untuk perkongsian seterusnya, saya ingin lebih memfokuskan kepada dialek. Saya berasal dari utara semenanjung. Biasanya percakapan orang utara ini agak kasar. Namun maksud yang disampaikan tidaklah menunjukkan sifat yang kasar. Selain itu sekirannya dilihat dialek orang utara ini biasanya huruf r akan jadi q. Sebagai contoh sedar akan jadi sedaq, bandar akan jadi bandaq, leper akan jadi lepiaq.. Pernah terjadi suatu hari kawan saya yang berasal dari Terengganu balik ke rumah degan keadaan yang agak lapar sambil berkata"woi hampa masiaq dak nasiaq, aku lapiaq ni.." Kami serumah ketawa berdekah-dekah.. Orang Terengganu yang ingin bercakap dengan dialek utara, beginilah jadinya. Disamping itu juga, kata ganti diri orang utara seperti hang, cek dan sebagainya. Sebagai anak, saya bahasakan diri cek apabila bercakap dengan emak. Mungkin ini agak berlainan dengan orang Kelantan yang menggunakam hambe, mung, demo dan sebagainya.
Kesimpulannya setiap dialek adalah dirujuk kepada masyarakat komuniti yang menuturnya. Tidak kiralah berasal dari mana, bahasa Melayu baku tetap menjadi panduan untuk semua..

Tuesday 9 October 2012
Suluhan 11: Puisi memartabatkan bahasa Melayu (8.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah berakhir sudah Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan antara IPTA. Apa yang hendak saya kongsikan adalah bahasa puisi itu sendiri. Ramai yang tidak tahu alunan puisi sebenarnya dapat meruntun hati pendengar. Didikan melalui puisi adalah perkara halus yang pasti mempengaruhi seseorang. Namun saya cukup terkilan kerana kehadiran penonton. Orang sekarang ini sudah tidak peduli akan keindahan puisi atau bahasa indah Melayu ini. Mungkin pihak berwajib perlu merangka satu pelan untuk mengembalikan kegemilangan puisi di Malaysia. Terima kasih.
Friday 5 October 2012
suluhan 10: Perosak bahasa..... (5.10.2012)
Perosak bahasa. Mungkin agak keterlaluan untuk disebut. Namun inilah realiti yang harus ditelan. Pejuang bahasa berjuang habis-habisan memartabatkan bahasa namun masih ada segelintir pihak yang sanggup mempersendakan bahasa. Perkara ini harus dipandang berat. Suluhan yang ingin saya bawakan mengenai lahirnya filem-filem yang makin sukar dibendung dengan penggunaan bahasanya yang jelas mempersendakan bahasa Melayu. Sebagai contoh KL Gangster. Kita lihat bagaimana bahasanya digunakan. Hal ini jelas mempengaruhi para remaja diluar sana. Oleh itu pelbagai pihak perlu sedar akan hal ini supaya penggunaan bahasa dalam setiap filem yang diterbitkan perlu dikawal agar tidak ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengari...
suluhan 9: bahasa gambaran diri kita (4.10.2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bahasa yang indah lahir dari tutur kata yang sopan. Bahasa yang buruk lahir dari tutur kata yang buruk. Perkongsian saya pada kali ini adalah untuk menajak kalian semua agar sentiasa menggunakan bahasa yang elok agar sentiasa dihormati. Jikalau pemimpin sekalipun menggunakan bahasa yang kurang elok maka dia tidak akan dihormati oleh orang bawahannya.. Semoga kita sentiasa menggunakan bahasa yang indah. Jangan jadikan persaan marah itu untuk kita hemburkan kata-kata yang kurang sopan. Ingatlah, kita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah maka perbaikkkanlah tutur kata kita. Sekian terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)