Saturday 20 October 2012

Suluhan 19: Memerli dalam bahasa yang indah (19.10.2012)


Pot Pet Pot Pet!!!
Pot Pet Pot Pet
Menusuk celorong telingaku
Berdeding bagai gasing memusing
Dentuman demi dentuman
Bicara rangkai yang tidak kesunyian
Memecah hening si kenderaan panjang

Pot Pet Pot Pet
Bicara rangkai terus bergema
Selang seli kokokan ketawa
Bahasa pelik penuh makna
Terus memecah hening suasana
Ketenangan diragut kokokannya

Pot Pet Pot Pet
Bahasa rangkai penuh makna
Terus memecah hening maya
Aku ketawa dalam tidur yang lena

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sajak ini telah saya hasilkan sendiri semasa di dalam bas. Penghasilan sajak ini adalah disebabkan oleh perasaan runsing saya pada sekelompok orang yang sangat bising di dalam bas. Mereka adalah kelompok pelajar Kelantan yang menggunakan dialek Kelantan dengan pekat sekali. Mereka berborak dengan kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling. Mereka mengangap bas ini seperti mereka yang punya. Saya sendiri berasa geli hati melihat telatah mereka berborak antara mereka. Setelah siap menghasilkan sajak di atas, saya menyuruh kawan saya bacakan. Akibat daripada tusukan halus menggunakan kata-kata indah ini menyebabkan mereka berdiam diri. Mungkin termakan bisa kata-kata halus sebentar tadi.
Kesimpulannya kata-kata indah yang digunakan untuk memerli membuatkan orang yang diperli terasa hati dan tidak terlalu memberontak berbanding  sekiranya kawan saya terus memarahi mereka menggunakan bahasa yang kesat.
Sekian sahaja, semoga mendapat manfaat yang berguna untuk semua.

No comments:

Post a Comment