Wednesday 26 September 2012

suluhan 5: Kesalahan bahasa terpampang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keratan iklan ini saya jumpa di bangunan e-learning tingkat 1. Melalui pemerhatian saya terdapat kesalahan bahasa di dalam keratan iklan ini. Keslahan pertama "Kereta baru dan selesa". Ayat ini salah kerana kata hubung "dan" menghubungkan sesuatu yang setara. Baru dan selesa tidak setara berdasarkan sidfat katanya. Ayat yang betul adalah "Kereta baru yang selesa". 

Kesalahan berikutnya adalah "Simpan nombor di masa anda perlukan".  Kesalahan ayat ini adalah dari segi penggunaan katanya. "di" adalah menunjukkan tentang sesuatu tempat "masa ' tidak menerangkan tempat. Oleh itu Ayat yang betul Simpan nombor ini sekiranya anda memerlukan. kata hubung sekiranya perlu diletakkan bagi menerangkan maksud yang sebenar. 


Semoga perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua. Segala salah dan silap harap dapat dikongsi bersama. Terima kasih

Suluhan 4:Kuasai bahasa asing... (27.9.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah bicara kita dapat diteruskan lagi dengan situasi berikutnya. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya berdasarkan pemerhatian yang dibuat.

       Pada malam khamis yang lalu, saya bersama rakan bilik makan di kedai makan Teko Emas di hadapan kampus lama. Perut kami memang agak lapar ketika itu. Kami memesan makanan dan minuman.   Penantian kami sangat lama menunggu makanan yang dipesan.

       Tiba-tiba datang seorang wanita warga asing. Dia mungkin berbangsa Eropah dilihat daripada kulit dan saiznya. Kami memerhatikan perempuan tersebut, namun tidak ada seorang pun pelayan kedai yang melayannya. Kami dapat lihat lama dia menunggu. Kemudian datang seorang pelayan perempuan dengan muka tersengih-sengih. Pelayan perempuan tersebut seperti tidak memahami permintaan yang diminta oleh wanita berkulit putih itu. Kami melihat agak lama jugaklah pelayan perempuan tersebut melayan wanita tersebut.

       Kesimpulannya, saya berpendapat supaya semua pelayan kedai di sekitar Tanjung Malim ini perlu mempelajari Bahasa Inggeris. Pada saya memepelajari Bahasa Inggeris bukanlah menguasainya. Mereka perlu tahu cara berkomunikasi secara asas. Hal ini kerana kawasan Tanjung Malim ini berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mempunyai pelajar dari luar negara. Sebagai contoh asas komunkasi bahasa Inggeris seperti cara meminta order, Sir, order please.. Have a seat, dan sebagainya. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada kita semua.

Suluhan 3: Peranan pihak berwajib dalam memartabatkan bahasa Melayu seiring kemajuan negara. (26.9,.2010)

Assalamualaikum....

Bismillahhirahmanirrahim...

Penyuluh zaman seterusnya ingin menarik pencinta bahasa sekalian tentang suatu isu yang berkaitan dengan bahasa. Bahasa melambangkan jiwa bangsa. Bahasa jugalah yang menjadi nyawa kepada sesuatu bangsa. Bahasa Sanskrit hilang kerana bangsanya sendiri yang menghapuskannya. Oleh itu bahasa sebenarnya dapat menunjukkan ketamadunan sesuatu bangsa itu sendiri. 

          Pada kali ini saya ingin menunjukkan kepada kalian semua keadaan bahasa kita yang tidak dipedulikan seiring dengan kemajuan negara. Hal ini saya perhatikan sendiri. Saya juga ada kepilkan gambar. Semoga perkara ini membuka mata semua pihak untuk sentiasa membantu memartabatkan bahasa ibunda kita. 


        Gambar di sebelah merupakan salah satu papan tanda di Tanjung Malim, Perak. Papan tanda ini kelihatan biasa sekiranya dipandang, tiada cacat celanya. Namun sekiranya dipandang dengan kaca mata ilmu, Tanjong Malim merupakan ejaan lama. Sebenarnya bahasa Melayu telah lama mengalami transformasi ejaan bermula seaktu zaman P-Ramlee sehingga sekarang. Ejaan sudah banyak ditukar. Dalam hal ini pihak berwajib perlu memainkan peranan agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Papan tanda itu tidak menunjukkan sebarang tinggalan sejarah, jadi apa salahnya pihak berwajib menukar ejaan agar mengikut ejaan semasa. Itukan lebih elok. sayangilah bahasa kita. 

       Sekian sahaja untuk kali ini.. 

suluhan 2: Tidak sayang bahasa!!!!! (25.9.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah bertemu lagi dalam jalinan maya perkongsian kita tentang bahasa ibunda yang tercinta. Memang tidak dinafikan, negara kita dihuni oleh pelbagai kaum. Masyarakat melayu, cina dan india berkongsi hidup di atas tanah bertuah ini. Namun kita mempunyai bahasa kebangsaan yang harus dibanggakan. Semua kaum harus menghormati Bahasa Melayu tidak kiralah mereka berbangsa india mahupun cina.

        Pada kali ini perkongsian saya adalah mengenai masalah pemakaian bahasa yang saya dapati di Tanjung Malim. Begitu banyak tanda jalan dan papan tanda di kedai-kedai sengaja mencampur adukkan bahasa. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti gambar di tepi ini. "The Famous Tanjung Malim Pau". Sekiranya hendak menggunakan bahasa Inggeris, teruskan penggunaan secara keseluruhannya. Usahlah mencampur adukkan bahasa Melayu. Hal ini sebenarnya mencemarkan pandangan kita.

        Kebanyakan orang mungkin tidak kisah, namun sebagai orang yang sangat mencintai bahasanya amat mengambil berat akan hal ini. Pau itu harus ditukarkan dengan sebutannya dalam bahasa Inggeris seperti "bun".. Itu adalah lebih elok..

      Kita harus mengambil contoh daripada negara Indonesia di mana bahasa Indonesia merupakan satu-satunya bahasa yang digunakan disana walaupun dia adalah berbangsa cina mahupun india. Semoga perkongsian ini memberi suatu yang lebih bermakna.

Suluhan 1: Retorik dalam menyakinkan orang ramai (24.9.2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar penutur Bahasa Melayu tercinta? Alhamdulilah, warga UPSI bakal menempuhi satu pilihanraya kampus yang sekali lagi bakal memilih pemimpin mahasiswa. Saya selaku mahasiswa UPSI tidak ketinggalan dalam menikmati bahang atau kehangatan berkempen. Mungkin ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupaka sebagai mahasiswa UPSI.

          Melalui pemerhatian saya, pilihanraya kampus seakan pilihanraya umum dalam negara kita. Para calon setiap parti akan hangat dan bersemangat dalam menyampaikan manifesto dan janji-janji manis. Mereka sanggup bekorban wang dan tenaga semata-mata untuk meraih sokongan. Mungkin ini adalah satu perjuangan mereka dalam menuntut hak dan keadilan semua.

         Namun dalam hal ini, apa yang hendak diperkatakan adalah cara para calon meraih undian mahasiswa. Mereka menggunakan retorik penghujahan dalam menyatakan fakta-fakta dan menindas lawan masing-masing. Gaya dan intonasi suara mereka amat lantang dan tegas dalam menyatakan pendirian mereka. Sehinggakan saya lihat, ramai yang terpaku mendengar manifesto para calon yang bertanding.


         Kesimpulannya disini adalah, suara dengan menggunakan teknik pemakaian bahasa yang sempurna sebenarnya dapat mempengaruhi orang ramai. Retorik yang ditaburkan mungkin menjadi satu senjata dalam mempengaruhi orang ramai. Bagi saya penyampaian dalam menggunakan teknik bahasa tidak kiralah bahasa apapun adalah lebih berkuasa daripada penggunaan senjata dalam menguasai orang ramai. Kita lihat bagaimana pengaruh tokoh-tokoh politik kita seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato Seri Anwar dan Tun Mahathir, mereka hanya menggunakan kata-kata sehingga dapat mempengaruhi berjuta pengikut untuk menyokong mereka. Jadi benarlah penuturan bahasa amat penting dalam  mempengaruhi orang ramai...

pelita bahasa menyinari bangsa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya siapkan satu-satunya blog untuk perkongsian tentang bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. 

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan. 

Sememangnya saya masih hijau dalam penulisan blog ini. Diharapkan segala ilmu kalian semua dapat dikongsi bersama. Semoga dengan perkongsian murni ini dapat kita jadikan satu medium untuk perbaiki bahasa yang tercinta ini. Bahasa itu jiwa bangsa.

Yang kurik itu kundi,
Yang Merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Wassalam...