Tuesday 2 October 2012

suluhan 6: Makna juga salah satu cabang bahasa.. (1.10.2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pencinta bahasa Melayu tercinta?
Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.

Begitulah indahnya kemulusan kata-kata Melayu. Oleh itu, untuk kali ini saya ingin berkongsi lagi pemerhatian saya mengenai bahasa yang mungkin boleh kita kongsikan bersama.

Sebagai seorang yang cintakan bahasa, pasti kita pernah mendengar kajian semantik. Semantik merupakan kajian bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Semantik tidak akan dapat ditafsir sekiranya tidak dihubungkan dengan makna pragmatik. Sebagai contoh kajian semantik mengatakan 'merah' itu sekadar warna namun apabila adanya kajian pragmatik 'merah itu boleh dikatakan sebagai berani atau kehangatan. Hal ini sebenarnya berkaitan rapat dengan makna referensial iaitu kenyataan yang disegmentasikan dan merupakan fokus lambang. Sebagai contoh, sungai menjadi fokus. Namun sungai itu boleh dirujuk sebagai alur yang panjang, lebar dan sebagainya.

Seterusnya, perkara yang ingin saya kongsikan adalah mengenai lambang di atas. lambang di atas merupakan satu lambang yang diletakkan di salah satu pusat membeli belah di Rawang. Pada pandangan saya atau pandangan pragmatik saya, lambang tersebut seakan-akan seperti dilarang duduk. Namun di tempat itu disediakan kerusi. Setelah meneliti persepsi positif yang saya letakkan, mungkin tidak boleh bersandar di kerusi tersebut. Hal ini juga merupakan satu kecelaruan makna. Lambang atau maksud gambar yang digunakan perlu jelas. Sekiranya pelancong luar datang, mungkin mereka mengatakan kerusi tersebut hanya sekadar hiasan walaupun dikhaskan untuk duduk.

Kesimpulannya, disebabkan makna iu adalah sebahagian daripada bahasa maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik atau kajian bahasa. Semoga perkongsian ini membawa faedah untuk semua.

No comments:

Post a Comment