Saturday, 20 October 2012

Suluhan 18: Bahasa Melayu dianggap kolot!! (18.10.2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Strok
Darah tinggi
Diabetes
Kencing manis
Bajet
Belanjawan

Perkataan-perkataan di atas merupakan istilah Melayu. Darah tinggi, kencing manis, belanjawan merupakan kata asas Melayu tetapi jarang digunakan pada masa ini. Sebagai contoh belanjawan, orang masa kini sudah tidak terbiasa dengan dengan perkataan tersebut dan sering menggunakan istilah ‘bajet’. Hal ini sebenarnya kearah sebutan Inggeris. Dimanakah letaknya martabat bahasa Melayu masa ini. Selain itu, penyakit kencing manis sudah tidak terbiasa lagi dengan kencing manis tetapi semakin terbiasa dengan diabetes. Sebenarnya perkara-perkara inilah yang telah menghakis ketinggian bahasa Melayu dalam tidak sedar. Orang ramai menganggap bahasa Melayu ini terlalu kolot untuk digunakan. Oleh itu perasaan ini perlu dikikis agar kita semua sentiasa menghargai sebutan asal Bahasa Melayu…
Sekian sahaja, semoga mendapat manfaat…

No comments:

Post a Comment