1Assalamualaikum dan salam sejahtera...
aAlhamdulilah, cuti pertengahan sem akan bermula. Saya sakan pulang ke kampung. Semestinya berada dikampung sangat tenang dengan kehadiran sanak dan saudara. Kebetulan pula dengan tugasan diari yang hendak disiapkan, pada minggu ini saya akan memperkenalkan tentang percakapan dialek Kedah kepada anda semua...Kajian dialek Kedah ini juga merupakan salah satu tugasan yang perlu saya siapkan pada semester ini.
Kata
Penguat
Kata penguat digunakan oleh orang-orang Kedah bagi menerangkan
tentang sesuatu secara berlebihan. Biasanya kata penguat ini cukup sinonim
dengan masyarakat di Kedah. Kata penguat dialek Kedah ini akan dikelaskan
kepada tiga iaitu sifat, warna dan perbuatan. Sebagai contoh :
a)
Warna
·
Dialek : Hijau me-qhe-ngak
Maksud :
Sesuatu yang terlalu hijau.
Ayat dalam dialek : Tudia..!
Baju hang pakai ni hijau me-qhe-ngak.
Ayat dalam bahasa baku : Baju
yang dipakai oleh awak sangat hijau.
·
Dialek : Hitam melegam/ Hitam merelit
Maksud :
Warna yang sangat gelap.
Ayat dalam dialek : Apit
hitam melegam sebab asyik main panas
ja.
Ayat dalam bahasa baku :
Apit seorang yang berkulit gelap kerana selalu
berjemur di tengah panas.
b)
Perbuatan
·
Dialek : Jatuh tetemoih
Maksud :
Tersungkur (muka jatuh ke tanah)
Ayat dalam dialek : Adik
jatuh tetemoih. Habis kepala dia
berdarah.
Ayat dalam bahasa baku : Adik
jatuh tersungkur. Kepala dia berdarah.
·
Dialek : Makan mengketedarah
Maksud :
Makan yang terlalu banyak.
Ayat dalam dialek : Hang ni
makan ka mengketedarah.
Ayat dalam bahasa baku :
Kamu ni makan terlalu banyak.
c)
Sifat
·
Dialek : Nala besaq
Maksud :
Menggambarkan sesuatu yang sangat besar.
Ayat dalam dialek : Pasaraya
tu nala besaq.
Ayat dalam bahasa baku :
Pasaraya itu sangat besar.
·
Dialek : Sejuk gedi
Maksud :
Sesuatu yang sangat sejuk.
Ayat dalam dialek :
“Pi angkat adik hang tu, sejuk gedi
dah aku
tengok”.
Ayat dalam bahasa baku :
“Tolong angkat adik kamu, dia dah terlalu sejuk.
·
Dialek : Masin haun
Maksud :
Sesuatu yang sangat masin.
Ayat dalam dialek : Ya Allah,
hang masak pa ni, masin haun.
Ayat dalam bahasa baku : Masakan
kamu ini terlalu masin.
·
Dialek : Pedas meliau
Maksud :
Rasa yang sangat pedas.
Ayat dalam dialek : Sambal
mak hang ni pedas meliau.
Ayat dalam bahasa baku :
Sambal yang dibuat oleh mak itu sangat pedas.
·
Dialek : Piau
Maksud :
Sesuatu yang sangat hebat/ cukup mengujakan.
Ayat dalam dialek : Hang buat
kopi memang piau la.
Ayat dalam bahasa baku :
Kamu buat kopi sungguh sedap.
·
Dialek : Geli geleman
Maksud :
Sesuatu yang sangat menggelikan
Ayat dalam dialek : Nasya
berasa geli geleman melihat ulat
sampah.
Ayat dalam bahasa baku :
Nasya berasa sangat geli melihat ulat sampah.
Semoga pekongsian kali ini memberi sedikit info kepada kalian semua mengenai dialek kedah. Sekian terima kasih..
No comments:
Post a Comment