Sunday 21 October 2012

Suluhan 20: Harapan pejuang bahasa (20.10.2012)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini telah banyak pihak terlibat dalam aktiviti memartabatkan bahasa Melayu. Banyak pihak seperti GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka serta pihak-pihak yang terbabit telah banyak menjalankan pelbagai seminar dalam memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya juga telah banyak terlibat dalam pelbagai seminar yang dianjurkan. Namun apa yang saya lihat, usaha-usaha yang dibuat sebenarnya tidak menyeluruh. Biasanya tokoh-tokoh bahasa sering mengeluh bahawa bahasa Melayu sudah semakin dicalar maruahnya namun dalam memartabatkannya, pihak pentadbiran memainkan peranan yang ckup penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu. Walaupun usaha giat dijalankan oleh tokoh-tokoh bahasa namun sekiranya pihak pentadbiran menidakkannya maka usaha tersebut hanya sia-sia sahaja. Menurut Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim, golongan politik telah menyebabkan Bahasa Melayu semakin direndahkan tarafnya. Hal ini dapat dilihat daripada isu PPSMI. Menurut Prof, isu PPSMI ini sebenarnya  tidak sealiran dengan pemikiran rakyat Malaysia.
                Atas kesedaran inilah, saya merasakan bangsa Melayu perlu sedar. Semua rakyat Malaysia perlu memainkan pernan penting tidak kiralah kaum Melayu, Cina dan India perlu sama-sama mendukung bagi mengangkat taraf bahasa Melayu. Setiap warganegara Malaysia perlu bangga berbahasa Melayu. Harapan tokoh-tokoh dan pejuang bahasa sememangnya hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa iaitu bahasa yang menjadi bahasa perantara di peringkat antarabangsa seperti zaman kegemilangan kesultanan Melayu pada suatu masa dulu..
                Sekian sahaja……

No comments:

Post a Comment