Saturday 20 October 2012

Suluhan 16: Memartabatkan Bahasa Melayu (16.10.2012)


Assalamualaikum.....

Baru-baru ini telah diadakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Kita di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara pembentang yang hadir adalah Prof Emeritus Dr. Nik Safiah Karim telah memperkatakan tentang keadaan Melayu masa ini. Saya amat tertarik akan tajuk yang diperkatakan iaitu “Menghidupkan Kembali Konsep Bahasa Jiwa Bangsa”. Beliau mengatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu ini sebenarnya di bawah kendalian golongan politik. Golongan politik telah menyebabkan Bahasa Melayu semakin direndahkan tarafnya. Selain itu berkenaan dengan isu PPSMI beliau amat tidak setuju kerana bahasa Melayu itu adalah bahasa ilmu. Beliau menambah mengapa Pendidikan Jasmani yang perlu diinggeriskan.  Beliau juga mengatakan bahawa isu PPSMI tidak selaras dengan pemikiran rakyat. Sebenarnya ramai rakyat yang tidak bersetuju.

Oleh itu, beliau menyeru golongan muda dan pensyarah-pensyarah muda untuk bangkit memartabatkan Bahasa Melayu. Jangan hanya mengikut telunjuk pemimpin secara membab buta. Jangan hanya hendak mengangkat Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu semakin malap. Strategi perlu dirangka supaya bahasa Melayu sentiasa tersemat sebagai jiwa bangsa. Sekian terima….

No comments:

Post a Comment