Saturday 20 October 2012

Suluhan 17: Tulenkan Bahasa Melayu (17.10.2012)


Assalamualaikum....

Pada 18 Oktober 2012 yang lalu saya telah menghadiri satu seminar Bicara Karya Kuasa Kata: Dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara sempena Sambutan Memartabatkan Bahasa Melayu. Pada seminar tersebut seorang tokoh bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr Lim Kok Seong telah mengatakan bahawa bahasa Melayu perlu ditulenkan sekirannya mahu mengangkatnya ke taraf yang satu bahasa yang padu. Sebagai contoh beliau mengatakan bahawa penggunaan istilah present yang dignakan sebagai nama jalan di Putrajaya menunjukkan ejaan mengikut bahasa Inggeris. Selain itu penggunaan istilah “Parcel” juga menunjukkan cara ejaan yang diinggeriskan walaupun dalam istilah Melayu. Apabila diujarkan, ia berbunyi dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, beliau menyeru semua pihak perlu memainkan peranan agar perkataan Melayu sentiasa tulen dan menjadi pegangan ke akhir hayat. Ejaan Melayu perlu dijadikan asas agar satu huruf mempunyai satu bunyi tidak menjadi banyak bunyi. Pengaruh barat yang datang perlu dikawal agar perkataan Melayu tidak terlalu dipengaruhi oleh perkataan Inggeris. 
Semoga perkongsian ini mendpat manfaat buat semua….

No comments:

Post a Comment